Ikan dan Bangkai Halal Untuk dimakan

14
Ada dua binatang yang dikecualikan oleh syariat Islam dari kategori
bangkai, iaitu belalang, ikan dan sebagainya dari macam binatang yang hidup di
dalam air.

 

 

Rasulullah s.a.w.
ketika ditanya tentang masalah air laut, beliau menjawab: “Laut itu airnya
suci dan bangkainya halal.” (Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

 

Dan firman Allah yang
mengatakan: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya.”
(al-Maidah. 96)
Umar berkata: Yang
dimaksud shaiduhu, iaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud
tha’amuhu (makanannya), iaitu barang yang dicarinya.
Dan kata Ibnu Abbas
pula, bahawa yang dimaksud thaamuhu, iaitu bangkainya. Dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah
diceriterakan, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengirimkan suatu angkatan,
kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai.
lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih. Setelah mereka tiba di
Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi:

 

“Makanlah rezeki
yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, berilah aku kalau kamu ada sisa.
Lantas salah seorang diantara mereka ada yang memberinya sedikit. Kemudian Nabi
memakannya.” (Riwayat Bukhari)

 

Yang termasuk dalam
kategori ikan iaitu belalang. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. memberikan suatu
perkenan untuk dimakannya walaupun sudah menjadi bangkai, kerana satu hal yang
tidak mungkin untuk menyembelihnya.
Ibnu Abi Aufa
mengatakan: “Kami pernah berperang bersama Nabi tujuh kali peperangan,
kami makan belalang bersama beliau.” (Riwayat Jama’ah, kecuali Ibnu Majah)
SHARE